Sebarang keluaran terbaru dari Necrotic Chaos sememangnya akan saya nantikan dengan penuh harapan. Reputasi mereka sebagai sebuah band Brutal Death Metal tempatan terunggul menjadikan kekemarukan saya bertambah-tambah. Selepas dua buah lagu di dalam Ipoh Metal Militants Supremacist CD beberapa tahun yang lampau, Necrotic Chaos mendiamkan diri. Dan dalam diam, rupa-rupanya diam berisi.

Sememangnya mereka tidak menghampakan. Walaupun hanya dua buah lagu baru (dari empat) di dalam split CD ini tetapi ianya sudah cukup untuk memberi amaran bahawa mereka masih bernafas dan bertenaga. Kehilangan Dark-E dari Necrotic Chaos bukan menjadi penghalang. Cuma dari satu segi, hilangnya sedikit melodi yang berkait rapat dengan kehadiran beliau. Dua buah lagu yang saya maksudkan bertajuk Cataclysmical Enlightenment dan The Black Flames Of Hatred (selain dua buah lagu di dalam Ipoh Metal Militants Supremacist). Ianya penuh dengan adegan dan aksi brutal yang menjadi pemangkin kepada lagu brutal yang betul-betul brutal tanpa kehilangan haluan dan merapu. Jadam sebagai pemuzik yang sering bereksprementasi memang tidak menghampakan dengan olahan solo yang diulam dengan efek yang tidak atau jarang sekali didengar. Begitu juga dengan suara vokalisnya, Adik yang tampak bertambah matang dan padu. Pada pendengaran saya, suara beliau lebih 慶ontrollable?dari yang lepas. Permainan drum Wira memang tidak boleh ditolak tepi kerana tanpa beliau sudah tentu Necrotic Chaos hanya menjadi khayalan anggota yang lain.

Cardiac Necropsy pula ahli pada muziknya yang bertaraf grindcore brutal. Entah kenapa saya lebih minat kepada intro di dalam setiap lagu dari lagu mereka sendiri. Mungkin kerana muzik sebegini bukanlah juadah saya. Tetapi apa yang saya boleh katakan ialah lagu mereka dibawa dengan bersepadu. Terdapat juga teknik drum yang menarik yang mungkin boleh menarik minat pemain drum tempatan. Dan riff mereka adalah amat laju sesuai dengan konsep mereka. Kebanyakan lagu yang tidak melebihi dua minit banyak membantu saya untuk meneruskan pendengaran.

Apapun, walau kemana pun arah muzik anda samada Brutal Death Metal atau Grindcore, split CD ini adalah yang terbaik untuk peminatnya. Dan sudah tentunya sebagai peminat setia Necrotic Chaos, sebabnya jelas. Dua lagu pun OK! Tak sabar rasanya menunggu kehadiran album pertama mereka!

5/5 BG

Batara - www.metalterus.com

 

<< back

 

Copyright ? 2002 Necrotic Chaos